Salam Hormat,
Terima kasih kerana meluangkan masa membaca artikel ini. Kali ini
saya ingin menjawab soalan yang ditanya oleh seorang rakan tentang untung rugi
konsep pajakan kereta sewa. Soalannya agak menarik kerana ia melibatkan
pengiraan yang sedikit teknikal. Sebelum saya menerangkan dengan lebih lanjut,
elok saya terangkan konsep pajakan kereta sewa di syarikat saya (ALPIANZA CAR RENTAL). Konsep pajakan
di syarikat saya mungkin agak berbeza dengan syarikat lain. Konsep pajakan
adalah seperti berikut;
1. Pemajak perlu membeli
kereta setelah berbincang dengan wakil kami (Alpianza Car Rental).
2. Pembelian adalah secara
perkongsian 50/50. Maknanya pemajak hanya perlu membayar separuh modal untuk
membeli kereta manakala selebihnya ditanggung oleh Alpianza Car Rental.
4.
Alpianza
Car Rental akan menguruskan bayaran ansuran, insuran,
cukai jalan dan kos penyelengaraan. Pemajak tidak perlu menanggung sebarang kos
sepanjang tempoh pajakan.
5.
Tempoh pajakan maksimum 5
tahun atau 200 000km.
6.
Wang pajakan dibayar
sebanyak RM200-RM300 ikut model kereta selama 8 bulan setiap tahun.
7.
Kutipan sewa selama 4 bulan
akan digunakan untuk memperbaharui insuran, cukai jalan dan penukaran alat
ganti kereta yang telah rosak.
8.
Selepas tamat tempoh
pajakan, kereta berkenaan perlu dijual dan hasilnya di bahagi 2 di antara
pemajak dan Alpianza Car Rental.
BAGAIMANA IANYA DIJALANKAN?
Sebagai contoh setelah berbincang, pemajak dan pihak syarikat
bersetuju untuk berkongsi membeli sebuah kereta Perodua Myvi 1.3 (A)
berharga RM45,000. Tempoh pinjaman bank adalah selama 7 tahun dengan kadar
faedah 5% setahun. Jadi
- Bayaran muka 10% x RM 45,000 = RM 4500
- Modal setiap pihak = RM 4500/2 =RM 2250
- Pinjaman bank RM 45,000 – RM 4500 = RM 40,500
- Jumlah kadar faedah 5% x RM 40,500 x 7 tahun = RM 14,175
- Jumlah Pinjaman RM 40,500 + RM 14,175 = RM 54,675
- Ansuran bulanan RM 54,675/84 bulan = RM 650.90
Ok secara ringkasnya pemajak hanya mengeluarkan modal sebanyak RM
2250 untuk membeli sebuah kereta. Sebelum saya menerangkan pulangan pelaburan
terhadap pajakan kereta, mari kita bandingkan sekiranya wang berkenaan
dilaburkan di dalam saham dengan pulangan 15% setahun. Secara ringkasnya pulangan
pelaburan berkenaan ditunjukkan dalam rajah di bawah;
Berdasarkan pengiraan compounding interest 15%, pemajak akan mempunyai wang sebanyak RM 4741.15 selepas 5 tahun membuat pelaburan. Jadi Return of Investment (ROI) adalah sebanyak :
(RM 4741.15 – RM 2250)/RM 2250 x 100% = 110.71%
Secara purata ROI setahun adalah 110.71%/5 tahun = 22.14%
ROI PAJAKAN KERETA
Ok sekarang mari saya terangkan ROI untuk pajakan kereta sewa.
Secara umumnya pihak syarikat saya membayar wang pajakan sebanyak RM 1600
setahun (RM 200 x 8 bulan). Jadi secara purata setiap bulan pemajak menerima RM
200 (RM 2400/12 bulan). Andaikata pemajak melabur wang berkenaan di dalam saham
yang sama dengan kadar faedah 15% setahun. Berikut merupakan kadar jumlah yang
terkumpul selepas 5 tahun.
Sekiranya diperhatikan pada rajah di atas ↑, jumlah wang yang terkumpul adalah sebanyak RM 17,714.90 selepas 5 tahun. Katakan selepas 5 tahun, kereta berkenaan tidak lagi sesuai disewakan memandangkan kos penyelenggaraan yang semakin tinggi, maka kereta berkenaan hendaklah dijual. Andaikata kereta berkenaan telah susut nilai sebanyak 50% maka harga jualan adalah;
RM 45,000 – 50% = RM 22,500
Walau bagaimanapun kereta berkenaan masih mempunyai baki pinjaman
di bank sebanyak
RM 54,675 – (RM 650.90 x 60 bulan) = RM 15,621
Jadi baki hasil jualan adalah RM 22,500– RM 15,621 = RM 6879
Maka setiap pihak akan mendapat bahagian masing-masing sebanyak
RM
6879/2 =
RM3439.50
Secara keseluruhan pemajak akan mempunyai wang sebanyak
RM 17,714.90
+ RM 3439.50 = RM21,154.40
ROI Pajakan Kereta
(RM 21,154.40 – RM 2250)/RM 2250 x 100% = 840.20%
Secara purata ROI tahunan pajakan kereta adalah 840.20/5 tahun =
168.04%
Sekiranya dibandingkan ROI untuk pajakan kereta adalah 7.5 kali
ganda lebih tinggi berbanding saham. Menarik bukan, tetapi tunggu dahulu.
RISIKO
Sebelum anda membuat keputusan untuk memajak kereta anda perlu memikirkan risiko yang bakal dihadapi. Antara risiko bisnes kereta sewa adalah pendapatan yang tidak menentu, persaingan, saman, kemalangan, kecurian dan penipuan. Risiko berkenaan memang tidak dapat dihindari, tetapi boleh dikurangkan. Bagi Alpianza Car Rental antara langkah-langkah mengurangkan risiko adalah dengan;
- Sedaya upaya memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.
- Strategi pemasaran yang berbeza daripada pesaing.
- Menapis pelanggan dan memberi fokus kepada pelanggan korporat.
- Mempunyai prosedur tuntutan insuran yang berkesan.
- Menyenarai hitam pelanggan yang gagal membuat bayaran (CTOS).
PERINGATAN
Walaupun pajakan kereta sewa memberi pulangan yang menguntungkan,
namun anda perlu berhati-hati. Ini kerana terdapat pengusaha kereta sewa yang
tidak jujur dan mengambil kesempatan terhadap mereka yang tidak arif di dalam
bisnes ini. Nasihat saya;
1.
Berhati-hati dengan
pengusaha kereta sewa yang menawarkan bayaran pajakan yang terlalu tinggi.
Nasihat mentor saya, sekiranya sesuatu tawaran itu sukar dipercayai, maka ia
memang sukar dipercayai.
2.
Jangka hayat kereta sewa
adalah 200,000 KM, ini bermakna secara purata kereta sewa boleh bergerak sejauh
3333 KM sebulan (200,000/60 bulan). Sekiranya kereta anda bergerak melebihi had
berkenaan, jangka hayatnya mungkin lebih singkat. Akibatnya anda perlu
mengeluarkan lebih banyak wang untuk melangsaikan hutang yang masih tinggi
sekiranya kereta berkenaan perlu dijual sebelum tempoh matang.
3.
Pastikan anda memajak
kereta kepada syarikat kereta sewa yang mempunyai sistem perniagaan yang tidak
bergantung harap kepada pemilik perniagaan sepenuhnya. Ini kerana, sekiranya
sesuatu berlaku kepada pemilik perniagaan itu (sakit, bercuti atau mati),
perniagaan kereta sewa akan terhenti dan akan menjejaskan anda.
.
http://alpianzacarrental.com
______________________________________________________
______________________________________________________
Advantages and Disadvantages of Car Rental:
Advantages of Car Rental:
- Convenience: One of the main advantages of car rental is the convenience it offers. The car rental process is usually quick and easy compared to owning a car. You only need to pay the rental fee based on the period of hire, and afterwards, you can return the car without dealing with long-term insurance or maintenance.
- Cost Savings: For those who only need a car for a short period, car rental can help reduce overall costs. You don't have to pay the full price of the car, as well as loan repayments and depreciation value, saving you money in the short term.
- Vehicle Model Selection: Car rental allows you to choose the car model that suits your needs at any given time. You can enjoy various types of cars without the need to buy or switch cars yourself.
- No Maintenance Hassles: With car rental, maintenance issues like regular servicing and repairs are the rental company's responsibility. You don't have to worry about additional costs for maintaining and repairing the car.
Disadvantages of Car Rental:
- Higher Cost Over Time: If you frequently rent cars for the long term, the costs may be higher compared to owning your own car. While the monthly payments for car rental may be low, the overall sum of rental expenses may surpass the value of buying a new car.
- No Full Ownership: When renting a car, you don't have full ownership of the vehicle. You need to abide by the terms and conditions of the rental company and comply with mileage limits or other established rules.
- Damages and Insurance: If there is any damage to the rental car during the hire period, you may be required to pay for the damages. However, there is an option to add extra insurance coverage to protect yourself from additional costs due to damages.
- Time and Mileage Limits: Car rental usually comes with certain time and mileage limits. If you exceed these limits, you may need to pay additional charges.
In conclusion, car rental has its advantages in providing convenience and cost savings for the short term. However, for the long term, overall costs may be higher, and you won't have full ownership of the vehicle. Therefore, it is essential to consider your needs and financial budget before deciding to rent a car.
Call Us : 0133089349



Ulasan
Catat Ulasan